Tamat bacaan novel Bits of Heaven.
"Be virtuous". Itu lah ungkapan yang menjadi pegangan watak utama dalam novel ini iaitu Akeed Yahya. Seorang pelajar Malaysia yang sedang menyambung pengajian Phd di Ohio University, US. Seorang yang fasih berbahasa Arab kerana pernah membesar di Iraq.
Novel ini membawa saya mengembara ke 3 buah negara US, Mesir dan Iraq. Pelbagai konflik yang berlaku dan akeed berjaya membuktikan kepada orang sekeliling bahawa dia adalah seorang muslim yang mempunyai budi pekerti dan berpegang teguh pada prinsip hidup.
Saya cuba reflect beberapa perkara melalui novel ini agar menjadi sedikit sumber kekuatan pada diri sendiri.
Some people might think that life has treated me unfairly due to what happened to me all before, but I believe 'there is always hope in the eyes of the woeful. Thus, I will never despair. I believe all that blooms will wither, and likewise all that withers will bloom again, one day. In sha Allah.
Bagi mereka yang sedang dan berniat untuk sambung Phd, novel ini mungkin baik untuk menjadi bacaan santai yang penuh dengan cara berfikir dan bertindak serta nasihat yang baik.
Pesan Akeed,
PhD study is not a wonderful journey; we all know that. If something is not going right at the beginning, it will be problematic along the way.
"Virtues are bits of heaven, and that, one has to be virtuous enough to taste heaven."
#danialmembaca2024