Mungkin anda ingin tahu negara mana yang terbaik untuk belajar bahasa Arab bukan?
Saya pernah dengar pelbagai jawapan daripada kawan-kawan. Ada yang kata, Jordan, ada yang kata, Morocco, ada yang kata Yaman, ada yang kata Sudan. Pelbagai lagi jawapan.
Ada yang bagi alasan negara sekian-sekian lebih dekat dengan bahasa fus-ha (فصحى) iaitu bahasa standard. Saya senyum dengan pelbagai jawapan. Sebab telahan saya setiap jawapan mereka juga mungkin terkesan dengan jawapan-jawapan orang lain juga.
Sebenarnya saya tiada jawapan khas untuk soalan ini, coretan ini adalah pandangan peribadi sahaja.
Belajar di mana-mana pun okay sahaja. Cuma anda kena set target dan set minda. Rajin tahap 'gila' dan semangat. Saya ada kawan-kawan bahkan guru dan mentor saya yang hanya belajar di Malaysia (bukan tanah Arab) tapi penguasaan mereka cukup luar biasa. Kenapa?
1. Mereka ada minat yang mendalam.
2. Mereka ada fokus yang tinggi.
3. Mereka bergaul banyak dengan orang Arab.
4. Mereka rajin membaca bahan-bahan Arab walaupun mereka duduk ditanah air.
5. Mereka ada sikap yang betul.
Saya tidak juga nafikan yang belajar ditanah air juga kurang 'exposure'. Bila bercakap dan menulis kita dapat kesan kelemahannya. Namun point saya ialah, kita boleh ubah dengan cara kita berfikir. Jika tiada peluang, 'ciptalah' peluang.
Di zaman teknologi serba canggih ini, anda berpeluang untuk belajar hampir semua bahasa di atas muka bumi ni. Cumanya anda perlu rajin dan istiqamah. Betulkan sikap. Sehingga suatu masa nanti mampu diskusi dengan orang Arab untuk bincang isu bahasa mereka.
Jika tanya pandangan peribadi saya negara dan orang Arab mana yang saya suka untuk belajar Arab. Saya akan jawab Morocco untuk negara, Mesir untuk orang Arab. Mungkin anda sceptic dengan orang mesir bahawa mereka punya bahasa 'ammiyyahnya terlalu pekat bukan? Ya ada kebenarannya.
Namun saya suka bila orang Mesir bercakap bahasa fus-ha. Saya lebih suka dengar guru Mesir cakap bahasa fus-ha. Lebih jelas dan mudah faham. Kenapa? Kerana bila mereka bercakap bahasa fus-ha, mereka 'seolah-olah' bercakap bahasa lain sebab 'ammiyyah mereka cukup berbeza dari sudut sebutan dan gaya.
Saya ada RAMAI kawan-kawan africa yang pernah belajar di Mesir dan berpindah belajar ke Madinah, namun bahasa komunikasi mereka fasih. Mereka tak terkesan sangat dengan 'ammiyyah mesir. Sedap bila mereka bercakap. Kebanyakkan mereka belajar di ma'had bahasa di Mesir. Penguasaan mereka luar biasa.
Saya juga ada kawan dari France yang belajar di Mesir. Saya kenal dia di madinah, dalam kelas dia berbahasa Arab dengan pensyarah dengan bahasa yang begitu mantap. Walhal dia lebih lama duduk mesir sebelum ke madinah.
Kenapa tak mention bagus belajar di Arab Saudi semisal Mekah, Madinah, Riyadh. Oh, belajar di tanah Arab mana-mana pun bagus dan mantap. Berbalik kepada negara Morocco sebab PENUNTUT ILMU mereka berbahasa arab baku. Macam cakap dalam buku.
Jadi saya suka absorb gaya mereka berbahasa. Saya akrab dengan beberapa pelajar morocco ketika di Madinah. Namun saya tahu, darijah yakni bahasa 'ammiyyah mereka juga sukar sangat difahami sebab telah bercampur dengan bahasa Sepanyol dan France.
Namun ketika penuntut ilmu syar'ie bercakap fus-ha mereka kelihatan bercakap dengan betul apatah lagi dengan orang 'ajam seperti kita. EXPOSURE sangat penting dan saya tahu tidak semua orang mampu dan ada peluang itu. Saya 'mencipta' exposure itu ketika belum ke tanah arab.
Saya akrab dengan seorang pelajar Saudi, Pelajar Palestin dan Pelajar Sudan ketika di zaman kolej Islam. Saya suka pada semua gaya bahasa setiap negara Arab. Masing-masing ada keunikan tersendiri. Saya akan perhati dan berfikir. Kenapa berbeza dan kenapa begitu dan begini.
Kita ini, jangan banyak sangat berteori. Bahasa ialah berbahasa, kita kena banyak praktis, bergaul, bertanya, mendengar. Ini adalah proses untuk kita yang tidak punyai kemahiran otak seperti penutur asli bahasa Arab.
Akhir kata saya, ia berbalik kepada soal sikap dan semangat. Jika kita diberi peluang duduk di tanah Arab 10 tahun sekalipun tetapi jika kita tidak bergaul dan praktis berbahasa, maka kesannya akan sangat menghampakan.
Tetapi jika anda berani - jika ada peluang - duduk satu rumah sewa dengan orang Arab dan bergaul dengan mereka 24 jam, makan minum dan main bersama, untuk tempoh 1 tahun akan cukup beri impak pada cara anda berbahasa, in sha Allah.
Kahwin dengan orang Arab adalah jalan penyelesaian yang baik untuk fasih berbahasa Arab? Oh tidak semestinya, ini adalah isu sikap dan tahap minat dan fokus kita pada sesuatu bahasa itu. Jangan pula pasangan Arab anda yang mahir berbahasa melayu dan dialek melayu pula satu masa nanti dan anda pula masih segan silu tidak membaik pulih kemahiran berbahasa Arab anda Wallahu'alam.
Let us begin this journey together! with Tinta Bahasa.
- Tinta Bahasa