Sebelum ke Taiwan saya sebenarnya dah diberitahu bahawa Taiwan ni ada banyak pengaruh Jepun terutamanya disebabkan oleh sejarah penjajahan Jepun selama 50 tahun dari tahun 1895 hingga 1945. Semasa tempoh ini, Jepun mengimplikasikan banyak perubahan dalam infrastruktur, sistem pendidikan, dan kebudayaan di Taiwan.
Sebagai hasilnya, beberapa elemen budaya Jepun masih kekal dalam kehidupan harian di Taiwan. Ini termasuk gaya seni bina, masakan, dan pengaruh dalam budaya pop seperti anime dan muzik. Bahasa Jepun juga dipelajari oleh ramai orang Taiwan sebagai bahasa asing.
Ramai warga tua di Taiwan masih fasih berbahasa Jepun kerana mereka membesar semasa tempoh penjajahan. Perkongsian sejarah dan hubungan ekonomi yang kuat antara Taiwan dan Jepun juga terus mengukuhkan pengaruh Jepun di negara Taiwan.
Sepanjang 9 hari di Taiwan saya lihat pekan-pekannya tenang dan aman. Kedai tutup seawal 7 malam dan ada yang sehingga 10 malam. Waktu rehat mereka jam 11 pagi sampai 3 petang baru buka balik. Orangnya pula saya perasan kebanyakannya santun seperti orang Jepun.
Saya boleh beri 4.5 bintang untuk tahap kebersihan mereka. Tiada yang sempurna dalam bab kebersihan tetapi hotel dan jalan-jalan raya mereka memang agak bersih. Sedikit kesukaran bermusafir ke sini adalah mencari kedai makan halal dan tempat solat. Ada tapi sangat terhad, jadi pilihan kedua kami adalah makan dikedai vegetarian dan solat di mana sahaja yang selamat dan bersih.
Di Taiwan sangat banyak 7 eleven dan Family mart, juga kedai konsep yang sama iaitu Hi Life milik Taiwan sendiri. Kedai-kedai seperti ini menjual lebih banyak jenis barang berbanding di Malaysia. Saya boleb katakan jika masuk ke Pekan setiap 5 minit memandu akan jumpa 7E dan Family Mart.
Cuaca ketika ini agak panas, tetapi tidak lah seterik Malaysia. Sekarang adalah musim summer disana. Namun banyak juga waktu kami merasai hujan dibelah petang dan pagi. Jika ke Alisyan, cuaca sejuk sebab Alisyan adalah di kawasan gunung. Vibe lebih kurang cameron highland dan Kundasang. Sejuk dan lembab.
Sebenarnya fikiran saya selalu terlintas untuk belajar Mandarin. Pernah dulu mula, tapi saya tinggalkan. Rasanya sebab nak fokus benda lain dan tiada motivasi. Bab bahasa Mandarin ni nanti kita sembang lain, macam dapat ilham lain pula untuk kembali bermotivasi. Dalam post kali ni pun saya tidak kongsi dapatan dakwah. In sha Allah dilain posting.
Semoga ada taqdir musafir lagi. What is the next country to travel to? #meshtravel